
MUKADIMAH
Firman ALLAH S.W.T:Maksudnya: "Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" Katakanlah: "ALLAH menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-Quran itu. Adakah kamu sesungguhnya mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama ALLAH?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya DIA-lah sahaja TUHAN Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu persekutukan (dengan ALLAH)" Surah al-An'am: 19
Takrif dan Makna Syahadah
Syahadah (شَهَادَةٌ) dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa yang telah dilihat dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui. 2. Dari segi penggunaannya dalam bahasa Arab, perkataan syahadah juga boleh digunakan untuk sijil atau apa-apa sahaja surat yang mengandungi keterangan-keterangan dan akuan. Seperti surat pengakuan belajar dari mana-mana institusi pengajian disebut
(شَهَادَة قيْد) syahadah qaid atau surat pengesahan pemegang akaun bank disebut (شَهَادَة بنكية) syahadah bankiyyahdan banyak lagi contoh-contoh lain.
Akan tetapi makna syahadah merujuk kepada takrif yang pertama di atas bermaksud penyaksian iaitu pengetahuan tentang sesuatu perkara lalu menyampaikan, memberitahu dan menyatakannya. Seseorang yang bersyahadah bermakna dia menyatakan sesuatu yang diketahui serta diyakini olehnya dan menjadi saksi bagi perkara yang diucapkannya.
Perkataan 'Syahadah' juga mengandungi maksud: ikrar dan pengakuan serta keyakinan. Sesungguhnya seorang yang bersyahadah meyakini kebenaran perkara yang menjadi pengakuannya itu dan menyatakannya. Sesiapa yang membuat suatu pengakuan dan bersyahadah tetapi tidak mempercayai perkara yang disebutkannya, maka penyaksiannya adalah dusta dan bohong. Kerana perkara yang dinyatakan itu adalah tidak selari dengan keyakinannya sendiri dan itu adalah di antara sifat orang-orang munafik.
Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya:"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau-sebenar-benarnya Rasulullah". Dan ALLAH sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-NYA, serta ALLAH menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." –Surah al-Munafiqun: 1
Mereka adalah golongan yang berdusta kerana tidak mengakui dan mempercayai dengan sebenar-benarnya perkara yang disebutkan oleh lidah mereka sendiri.
'Syahadah' dizahirkan melalui ucapan dan perbuatan
Kita telah mengetahui bahawa seseorang itu boleh memberikan penyaksian atau syahadah melalui ucapan dan kata-kata. Selain daripada itu syahadah juga dapat dizahirkan melalui perbuatan sebagaimana ALLAH S.W.T mensifatkan orang-orang yang musyrik di dalam al-Quran:
Maksudnya: "Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan masjid-masjid ALLAH, sedang mereka menjadi saksi akan kekufuran diri mereka sendiri.." –Surah al-Taubah: 17
Syahadah di sini bermaksud penyaksian daripada mereka terhadap (kekufuran) diri mereka sendiri dengan apa yang mereka lakukan. Iaitu perbuatan-perbuatan mereka itu menjelaskan dan menzahirkan bahawa mereka itu kufur. Al-Hafiz Ibnu Katsir menyebut: "..mereka (kaum musyrikin) adalah orang-orang yang menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri dengan kekufuran. Iaitu dengan hal keadaan mereka dan kata-kata mereka".
Dari sini dapatlah kita memahami bahawa 'syahadah' adalah penyaksian atau pengakuan tentang sesuatu perkara yang menjadi keyakinan di dalam hati seseorang lalu dizahirkan melalui kata-kata atau perbuatan.
RUKUN SYAHADAH
Menurut ulama Usulludin rukun syahadah ada empat iaitu :
1 . Menetapkan zat Allah .
2 . Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna .
3 . Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan-Nya sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk lain .
4 . Meneyapkan dan menyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah Allah sahaja yang benar .
SYARAT SYAHADAH
2 . Hendaklah menyakini dalam hati maksud syahadah iaitu menyakini hak-hak Allah serta Rasul .
3 . Jangan ada syak atau sanhkaan yang buruk dalan hati mengenai dua kalimah syahadah .
4 . Betamal dengan apa yang diyakini dan menolak sesuatu yang merosakkan syahadah .
IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR
1 . Kesan di dunia : Memberi kebahagian sepanjang hidup dan tidak akan tersesat .
2 . Kessan akhirat : Bahawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzahk sehingga ke padang masyar iaitu menetukan kebahagian di akhirat kelajk .
9 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
1 . Menyekutukan Allah .
2 . Bertawakal kepada makhluk lain selain Allah .
3 . Mengkafirkan orang yang telah nyata islam .
4 . Mencaci dan mencela Nabi S.A.W dan sunnahnya .
5 . Hukum allah menjadi sendaan dan gurauan .
6 . Menenung nasib dan mempelajari ilmu sihir .
7 . Membantu orang kafir merosakkan islam .
8 . Menganggap keluar islam adalah tidak apa-apa .
9 . Menolak sebahagian daripada al-quran dan menerima sebahagian daripada al-quran .
RUKUN SYAHADAH
Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh
merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :
Menetapkan zat Allah.
Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama
dengan perbuatan makhluk.
Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja
Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama
dengan perbuatan makhluk.
Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja
yang benar.
SYARAT SYAHADAH
Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah( diucapkan
dengan lidah ).
Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak
Allah dan Rasul.
Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )
Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )
Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).
Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang
merosakkan syahadah.
dengan lidah ).
Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak
Allah dan Rasul.
Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )
Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )
Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).
Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang
merosakkan syahadah.
No comments:
Post a Comment