PELBAGAI kepincangan serta pergaulan sosial sedang membarah di dalam masyarakat Islam dewasa ini. Dalam masa yang sama, masyarakat Islam juga perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran dalam usaha mengekalkan jati diri dan sistem nilai kehidupan mereka. Antara cabaran tersebut ialah bagaimana membina kualiti akhlak ummah, sedangkan kita terpaksa pula bergelut dengan ancaman globalisasi, modenisasi serta pengaruh budaya negatif Barat, seperti materialisme, sekularisme, hedonisme dan sebagainya.
Antara kepentingan pendidikan Islam terhadap ummah ialah melahirkan insan dan masyarakat yang terbaik. Melaluinya masyarakat akan dapat membina keperibadian serta akhlak yang unggul. Sikap saling menolong, kerjasama, ukhwah dan prihatin adalah asas perhubungan sosial yang terpancar daripada firman-Nya yang bermaksud, Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. (Al-Hujurat: 10).
Ummah yang terdidik dalam acuan pendidikan Islam akan dapat menyesuaikan diri dengan keperluan serta tuntutan kehidupan moden dengan memelihara identiti Muslim. Mereka dapat menerima sebarang pembaharuan selagi tidak menggadai maruah dan mencemar kesucian Islam.
Melalui pendidikan Islam, manusia akan mendapat pengertian dan bimbingan ilmu yang bercorak naqliah (ilmu yang bersumberkan al-Quran dan sunah), di samping ilmu-ilmu yang bercorak aqliah (ilmu yang berteraskan akal fikiran), dengan pelbagai kemahiran yang sejajar dengan potensi individu. Selanjutnya, pendidikan ilmu naqliah perlu digabungkan dengan ilmu aqliah secara lebih bijak dan kreatif bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam menunaikan tuntutan dunia dan akhirat. Ini penting supaya mereka dapat menghubungkan segala yang dipelajari dengan kebesaran, kekuasaan dan keagungan Allah Maha Pencipta.
ANTARA SIFAT-SIFAT UNTUK MEMBENTUK AKHLAK MULIA IALAH :
SIFAT MAHMUDAH ( YANG BAIK )
- BERCAKAP BENAR
- PRINHATIN
- AMANAH
- BIJAKSANA
- TOLONG MENOLONG
- TOLAK ANSUR
- TABAH
- SABAR
- TAWAKAL
- BERSYUKUR
- JUJUR
- SALING BERMAAFAN
- KERJASAMA
- BERDOA
- REDHA
DAN ANTARA AMALAN YANG MULIA YANG PATUT DITUNAIKAN IALAH :
- SOLAT
- PUASA
- MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG MAMPU
- MENGELUARKAN ZAKAT
- BERSEDEKAH
- BAGI MAKAN ANAK YATIM SERTA FAKIR MISKIN
- AMAL JARIAH
- DAN PERKARA BIASA YANG NABI MUHAMMAD S.A.W LAKUKAN UNTUK KE ARAH KEBAIKAN.....................